Saturday, 22 October 2011

Makan Di Restoran Nelayan

Assalamualaikum....Kali ini tempat makan yang menarik saya ialah di Restoran Nelayan.Kali ini,saya bersaam mak mertua dan ayah mertua abangku.Saja je makan beramai-ramai.Tempat makan kali ini sungggguuuuhhhh padat.disebabkan dah booking jer kalau tidak memang tak dapat duduk laj.Time kita orang makan tu ada gak yang buat wedding dekat situ.Asal boleh je.Dekat sini saya tak makan nasi pun,saya cuma makan makanan rebus je.hehehe saja je tak tulis BI.Tempat makan ini berkonsepkan nelayan.Bila dah sampai tempat makan,terus makan tanpa henti walaupun batuk-batuk time tu.Saya makan sampai habis stok yang disefiakan.hehe.....Apa yang penting perut kenyan hati pun senang.K..dh baca harap follow....


                       
jgn terkejut sampan nie dalam restoran...


Makan @ Restaurant Saba'



Assalamualaikum.....dekat sini saya makan nasi beriani arab.Kali saya pergi buat kali pertama dan keluarga saya dah kali kedua,biasalah orang sibuk macam saya ini.Pelayan dekat restoran ini canggih gila,ambil order gune handphone jer,maklumlah dunia dah maju.Saya pun tidak tahu nak order apa,saya hanya berdiam diri sahaja.Saya biarkan abang saya yang sulung orderkan.Time tu saya makan tengah hari.Buat pengetahuan kamu   semua,kita orang dapat tempat duduk pun sebab dah booking,bukan seab kita orang datang awal.Time kita orang datang itu pun ramai yang dah datang.Sudah lama menunggu,makan pun sampai.Bukan main besar lagi pinggan dia.Apa yang saya perasan tak ada ayam,nie pelik ini.abang saya pun cakap ayam dekat dalam timbunan nasi.Ouh..baru saya tahu.Saya pun teruskan makan dan merasai bahawa nasi beriani arab,nasinya panjang-panjang.Air yang saya minum air Blackcurrent.Sedap sangat airnya,boleh lah korang mencuba.

Friday, 21 October 2011

Batrisya Aimi Si Budak Comel




Assalamualaikum....pada minggu lepas telah lahir seorang bayi yang bernama Batrisya Aimi.Dia anak abang saya tapi yang melahirkan akak ipar saya.Dia dilahirkan pada 29.9.2011.Akak ipar saya dibedah untuk melahirkannya,Alhamdulillah selamat dilahirkan.Keesokan harinya atuk dan neneknya dari Gemencheh datng untuk menziarahinya.Hehe...dalam ramai-ramai tu saya seorang sahaja yang tak pergi ziarah sebab saya pergi ke Gunung Senyum.Minggu depan tu atuk dan nenek dia balik lagi dan saya masih tak balik sebab saya pergi ke Melaka.Batrisya Aimi kau tetap diingatanku.Don,t worry Pak teh akan muncul di kaca matamu.Insyallah kita akan bertemu.Walau apapun saya tetap dapat tengok gambar dia dekat Fb.Hehe,bile tengok gambar dia rase macam pergi rumah abang saya sekarang juga.

Thursday, 20 October 2011

Cerita Di Gunung Senyum



Assalamualaikum.......saya mula bertolak pada pukul 11.30 tgh hari.Sya pergi bersama kawan-kawan saya seramai 36 orang.Berdebar-debar hati ini rasanya bila nak bertolak.Sya solat jumaat di Masjid Lui.Kemudian sambung perjalanan ke Gunung Senyum.Di dalam bas,saya toleh depan semua tidur,toleh belakang semua tidur juga.Saya pun tidur juga,tapi bangun je dari tidur kawan-kawan tengah tengok tv,cite Hantu Mak Limah Balik Kampung.Tapi,saya sambung tidur balik dengan harapan bangun-bangun dah sampai.Tapi tetiba bas terus berhenti,ingtkan dah sampai rupanya,berhenti beli barang kejap.Saya sampai pada pukul 4 petang.Kami disambut dengan meriah.Kemudian program Kembaq berjalan selama 3 hari.Pada hari terakhir disana saya berpeluang memasuki Gunung Senyum yang didalamnya ada gua.



Friday, 14 October 2011


Hari raya with Famili Den

Assalamualaikum............Sebagai pembuka kata saya ingin mulakan dengan Hari Rayaku.Hari Raya kali ini semua adik-beradik aku balik ke rumah ayah & mak aku.Kali ini akak ipar aku sambut raya dengan berbadan dua.Baju raya aku kali warna biru sama dengan abang-abang aku yang lain kecuali abang pertama aku,baju raya dia warna kelabu.Pada malam takbir aku pergi ke rumah ke rumah selepas solat Isya' bersama ayahku tersayang.Di pagi raya aku bangun agak awal untuk mandi dan pakai baju raya.Rumah pertama aku pergi ke rumah MakLong aku,Pak Ngah dan yang lain-lain

Sunday, 28 August 2011

Trip to Cameron Highland with My Famili

Assalamualaikum.......Kali ini saya membawakan anda sebuah cerita yang penuh jelajahan yang sngt jauh.Tapi ini  sebuah keluarga je.Kali ini saya & keluarga pergi ke Cameron Highland Buat kali pertama.Penjelajahan ini telah dirancang oleh 2 abang yang disayangi Khairul Fazli & Khairul Fizree.Jelajahan ini telah dirasmikan di rumah abang saya di Seri Kembangan.Kami bertolak pada pagi dan samapai pada pukul 12.30 tgh hari.Penat sungguh apabila mendaki Gunung yang telah dijelajah oleh orang terdahulu.Permandangan dari dalam kereta sngt indah & suhu semakin sejuk apabila semakin tinggi kami mendaki.Sungguh ramai pelancong yang datang.Kami sampai dengan selamat.Kami dapat tempat tinggal yang agak selesa.Kami tinggal disana selama 3 hari 2 malam.Saya & keluarga saya teruskan penjelajahan untuk mengenal pasti tempat-tempat yang menarik dan untuk dilawati pada esok hari.Pada esok hari kami lawat ke ladang teh strawberi tap sedih dekat ladang strawberi sebab tak dapat petik dari ladang.Kami juga lawat Taman Kaktus & Bunga Ros,lawa sungguh taman2 ini.


                                           di taman kaktus..

                                                                                                             @ Rose center





@ ladang teh




Hari keluarga @ Port Dickson

Assalamualaikum.....Sebagai pembuka kata saya ingin cerita mengenai Hari keluarge yang telah diadakan 2 tahun lepas.Hari keluarga ini diadakan oleh dua buah keluarga iaitu keluarga saya dan keluarga akak ipar saya.Awal pagi lagi saya dan keluarga saya telah bertolak dari rumah dan abng saya        
bertolak dari rumah mentua dia.Setelah hampir sampai hujan mula turun dengan lebat.Hatiku mula rasa tak sedap hati.Aku mula berfikir macam mane nak mandi kalau hujan lebat.Apa2 pun pegi tetap pegi dan akhirnya sampai jua.Ketika sampai disana abang saya telah sampai dahulu.Kedua-dua belah pihak sampai dengan selamat.kedua-dua keluarga kelihatan gembira apabila bertemu.Ketika duduk dibawah khemah tiba-tiba hujan yang lebat mula reda.Hatiku melonjak keriangan untuk mandi bersama-sama adik-beradikku.Sebelum kami turun mandi kami makan sedikit makanan yang dibawa dari rumah sebagai alas perut
adik-beradik & akak ipar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...