Monday, 4 April 2016

My new family's member

Assalamualaikum..

Lagi seorang anak buah.Lagi seorang kakak ipar.Bilangan lelaki bertambah , bilangan perempuan pun bertambah.

Aku masih lagi macam ini.Masih belajar. Bilalah turn aku pula. Berserah sahaja kepada Ilahi.
Aku mengikut aturanMu.

Nama Anak Buah Rizq Aiman , Nama Akak Ipar Nurul Atirah.

"Selamat Datang Ke Keluarga PCD"



Saturday, 21 March 2015

ALSP 2 2015 Dalam Kenangan

Arabic Language Support Programe

Program Bahasa Arab yang pertama bagi sesi pembelajaran 2014-2015 di USIM.Kenangan bersama kawan yang baru kenal dari pelbagai negeri.Tenaga pengajar yang hebat dari UIA Gombak.Seorang student Master.



Ketawa bersama...Belajar bersama..
#Nahusentiasadihati

My New Anak Buah

Namanya diberi Kalisy Amsyar Bin Khairul Fizree.YAng nie anak abang aku yang ke 3.Anak pertama dia.Kalisy nie anak buah aku yang kedua.Yang pertama dah hampir 4 tahun.Yang pertama perempuan, yang kedua lelaki.
     Time majlis akikah.


AKU HARAP DAPAT ANAK BUAH LAGI...................

Monday, 16 March 2015

Universiti Kehidupan

Universiti peringkat  pembelajaran bagi pelajar lepasan SPM,STAM,STPM dan Diploma.Kehidupan disni,merupakan kehidupan yang menjadikan seseorang lebih matang dan berfikiran luas.Ianya boleh berlaku secara lansung dan tidak lansung.Di sini,seseorang itu bukan sahaja menjadi orang yang berilmu tetapi menjadi seorang berkemahiran dalam pelbagai perkara jika dia pandai mengambil peluang.Jadi ambil lah peluang sebaik mungkin jadikannya sebagai mutiara.

Saya disini...rasa sangat bersyukur atas kurnian ini.Allah Yang Maha Agung telah mengatur kehidupan ini sejak dahulu lagi dan tanpa kusedari bahawa aku telah melangkah demi melangkah dalam perjalanan ilmu ini.


Tuesday, 3 December 2013

First experience watching the football stadium

Assalamualaalaikum..erm dah lama tak post kat sini..maklumlah baru habis periksa Stam..20.8 hari tu..aku pergi ke Pasir Gudang kat Johor Baharu.

Hari pertama..samapai je dah petang.Disina pelajar dari Melaka dah sampai dahulu.Kami dari Negeri Sembilan sampai kemudian.Kemudian kami diberi taklimat seminar dan pergi ke tempat mnginap.

Tempat menginap kami berdekatan dengan stadium.Jadi,saya seorang yang tak pernah tengok game bola kat stadium...malam tu jugak pergi stadium.malam tu perlawanan diantara Johor fc dengan Selangor




Sunday, 9 December 2012

Kehebatan Ayat Kursi



1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi

2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu

3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat

4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...

5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian. 

11 Jenis Manusia Didoakan Malaikat

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka:

“Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya,

setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...