Sunday 9 December 2012

Kehebatan Ayat Kursi



1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi

2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu

3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat

4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...

5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian. 

11 Jenis Manusia Didoakan Malaikat

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

“Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka:

“Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya,

setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Yang Pertama



1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari
qiamat :
Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada
hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara
Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. ..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan
khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari
kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari
kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam
kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam
perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan
melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan
Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid
Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang
dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-
Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi
SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22… Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafie RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam
Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam
Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan
awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal :
Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran
selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28. Orang yang pertama membina menara di
Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus’ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW

Wahai, sahabat maya. Baca dan hayatilah. Kongsi dan sebarkanlah. Semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama-sama.

Sumber: Facebook…

Monday 12 November 2012

Ayat Kursi Sebagai Pelindung dari Syaitan



Assalamualaikum...sepertimana yang kita tahu bahawa Ayat Kursi merupakan pelindung kita daripada syaitan...tetapi KITA tidak mengetahui kisah atau dalil tentang ayat Kursi sebagai Pelindung daripada syaitan..

Kisahnya....

Abu Hurairah dilantik oleh Rasulullah sebagai Ketua Zakat.Suatu malam datang seorang lelaki lalu mencuri harta zakat tersebut.Abu Hurairah pun nampak lelaki tersebut lalu menangkapnya dan menanyakan kepada lelaki itu "mengapa engkau mencuri".Lelaki itu pun menjawap "aku miskin dan mempunyai tanggungan yang banyak" lalu Abu Hurairah melepas kan pencuri tersebut.
Keesokan harinya..Rasulullah berjumpe Abu Hurairah dan bertanya "mengapa kau lepaskan pencuri tersebut?" Abu Hurairah menjawap "Aku kesian kepadanya kerana dia miskin dan mempunyai tanggungan yang banyak" Rasulullah menjawap "lelaki itu penipu,nescaya dia akan datang mencuri pada malam ini"

Memang benar kata Rasulullah.Lelaki tersebut datang dan mencuri.Abu Hurairah perasan dan menangkapnya.Soalan yang sama ditanya dan jawapan yang sama dijawapnya.Lelaki itu dilepaskan...

Keesokan hari Rasulullah bertemu Abu Hurairah dan menanyakan tentang pencuri tersebut..Lalu Abu Hurairah menjawap bahawa dia telah melepaskan pencuri tersebut..Rasulullah berkata "bahawa lelaki itu seorang penipu..

Perkara yang yang sama berlaku.Pencuri tersebut datang dan mencuri lagi.Abu Hurairah pun menangkapnya dan pencuri itu berkata "kalau kau lepaskan aku,aku akan ajar kepada kau suatu ilmu" Abu Hurairah pun bersetuju.Pencuri mengajar jika tiba di tempat tidur maka baca ayat Kursi nescaya kau tidak akan dikacau ketika kau tidur."Abu Hurairah pun melepaskan pencuri itu..

Rasulullah bertemu Abu Hurairah dan bertanyakan perkara tersebut.Abu Hurairah menjawap apa yang berlaku...Rasulullah menjawap "lelaki itu seorang penipu dan ilmu yang dia ajar adalah Ilmu yang benar...Lelaki itu adalah Syaitan"









Friday 19 October 2012

Kembaq Di SMK Seri Pagi,Seremban

Assalamualaikum......untuk cerita kali ini dah lama tapi baru nak cerita beselah orang nak Spm tak ada masa nak update blog...

Program kali seronok....sebab kali ini banyak pengalaman yang saya dapat sebab kali ini saya berpeluang untuk jadi "condact" permainan berkonsep dan lain2..k lah tu je..









ASSALAMUALAIKUM...

Saturday 25 August 2012

Program bersama Imam Muda Fatah Dan Ustazah Pilihan Filzah

Assalamualaikum...Agak lama dah tak bersua .....cerita ini dah lama cuma baru nak post.kali berkanaan Imam Muda Fatah Dan Ustazah Pilihan Filzah datang ke sekolah saya di dalam sesuatu program.Kedatangan mereka amat ditunggu oleh semua pelajar.Terutamanya sayalah...


 Mereka datang dan digandingkan dalam 1 forum.Mereka memberikan pendapat mereka yang sangat memujakan kami semua.



Friday 1 June 2012

Kembaq Di Institut Aminudin baki(IAB)



 Assalamualaikum...minta maaf kerana dah lama da update...jadi sekarang ini pasal program ini pun dah lama..tarikhnya pun telah lupa...Ketika ini hanya saya seorang sahaja yang menjadi fasi.Sebab....kali ini semua pelajar Maahad pulang ke rumah..jadi mungkin saya seorang sahaja yang jiwa tinggi...cewah..over pulak kan...tak adalah..peserte untuk program kali ini adalah para guru yang mengajar Bahasa Arab Negeri Pahang.Walaupun saya seorang pelajar..ianya merupakan satu pengalamn yang agak susah dicapai oleh orang lain..






Monday 30 April 2012

Pengalaman aku yang tidak dapat dilupakan



Assalamualaikum...pada 24 Mac 2012 Maahad Ahmaditelah mengadakan MAjlis Penutupan Kembaq.Aku terlibat dalam melatih para peserta untuk persembahan Madaih pada majlis tersebut.Walaupun x berpengalaman,aku cube juga.Macam-macam ujian dan cabaran yang perlu aku tempuhi.Diantaranya ialah tempoh yang singkat iaitu seminggu dan peserta yang tidak berkebolehan bermain alat muzik.Dan kesemua ahli kumpulan madeh tersebut pelajar tingkatan 1.Jadi untuk menyempurnakan atau menjadikan persembahan tersebut menjadi menarik aku memilih 3,4 orang daripada pelajar tingkatan 2.Dengan pengorbanan ahli kumpulan tersebut dengan tidur lambat untuk membuat persiapan yang lengkap sebelum majlis tersebut ini telah merengankan beban aku.Malam sebelum majlis tersebut,hampir semua fasilitator kembaq tidak tidur kerana ada lagi yang     perlu buat perubahan untuk majlis tersebut menjadi menarik,berjalan dengan lancar dan sebagainya.Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.







Sunday 11 March 2012

Kembaq Di Sma Darul Falah

Assalamualaikum....pada 9.3.2012 aku dan sahabat2 aku yg lain telah pergi ke SMA Darul Falah di Melaka.Disana kami mengadakan program Kembaq yang dikendalikan oleh Ust Zulkarnain.Saya sebagai fasilitator didalam program itu..Bilangan peserta hampir 250 pelajar....Fuh...agak sesak juga kerana belajar di dalam surau.Pelajar2 terdiri dari ting. 2,3,4,5.Macam perangai dapat aku tengok..ada yang bnyk ckp..ade yg main2..apekn daya....aku juga seperti itu seketika dahulu....Kali ini , aku telah pergi ke sekolah ini buat kali yang kedua.Pada hari yang kedua saya bersama sahabat yang lain pergi ke tepi pantai untuk menikmati keindahan alam...sungguh tenah ketika berada disana..Sekolah ini sangat hampir dengan laut...

Sekian sahaja...Assalamualaikum...





 antara gmbr di pantai yg berdekatan....


Friday 3 February 2012

Kembaq Di Sma Pulau Tawar




Assalamualaikum......Kali ini aku pergi ke Sma Pulau Tawar buat kali yang ketiga dan kali yang pertama aku menaiki kereta.Selama ini aku pergi naik bas secara beramai-ramai.Fasilitator lelaki seramai 7 orang dan fasilitator perempuan seramai 7 orang.Kami bertolak dari sekolah pada pukul 10 pgi dan kami sampai pada 4 ptg.Ketika dalam kereta,Kami dengar ceraah ustaz Azhar Idrus.Tak adalah mengantuk sangat sebab ceramah dia penuh dengan lawak.Kami sampai,mereka telah sedia mununggu di dewan.Kemudian program berjalan seperti biasa.Sekian ......jgn lupa follow....

Saturday 7 January 2012

Akikah & Cukur Jambul Si batrisya

Assalamualaikum.......31.12.2011,tahun lepas telah diadakan majlis cukur jambul anak buahku yang bernama Batrisya Aimy.Cakap je tahun lepas padahal baru 1 minggu lebih berlalu.Semua yang ada dalam rumah bangun disebabkan si budak kecik dah bangun nak susu kot.tak bape nak ingt...Pagi lagi dah ade yg dtng awal untuk tolong memasak.Jam 9 pagi kumpulan berzanji pun telah sampai.Pukul 11 lebih baru habis.Time majlis cukur jambul,tak henti2 si batrisya nie nangis.Tapi yang paling pelik berminat pulak orang kat sini nak potong jambul anak buah aku nie.Sehingga abang aku terpakse bawa keluar rumah.Nasib badan lah yang tukang bawa dulang,kene ikut abang aku,dah lah berat bende alah tu.Kemudian,bacaan doa selamat diadakan.

Wassalam........




 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...