|
jgn terkejut sampan nie dalam restoran... |
Saturday, 22 October 2011
Makan Di Restoran Nelayan
Makan @ Restaurant Saba'
Assalamualaikum.....dekat sini saya makan nasi beriani arab.Kali saya pergi buat kali pertama dan keluarga saya dah kali kedua,biasalah orang sibuk macam saya ini.Pelayan dekat restoran ini canggih gila,ambil order gune handphone jer,maklumlah dunia dah maju.Saya pun tidak tahu nak order apa,saya hanya berdiam diri sahaja.Saya biarkan abang saya yang sulung orderkan.Time tu saya makan tengah hari.Buat pengetahuan kamu semua,kita orang dapat tempat duduk pun sebab dah booking,bukan seab kita orang datang awal.Time kita orang datang itu pun ramai yang dah datang.Sudah lama menunggu,makan pun sampai.Bukan main besar lagi pinggan dia.Apa yang saya perasan tak ada ayam,nie pelik ini.abang saya pun cakap ayam dekat dalam timbunan nasi.Ouh..baru saya tahu.Saya pun teruskan makan dan merasai bahawa nasi beriani arab,nasinya panjang-panjang.Air yang saya minum air Blackcurrent.Sedap sangat airnya,boleh lah korang mencuba.
Friday, 21 October 2011
Batrisya Aimi Si Budak Comel

Assalamualaikum....pada minggu lepas telah lahir seorang bayi yang bernama Batrisya Aimi.Dia anak abang saya tapi yang melahirkan akak ipar saya.Dia dilahirkan pada 29.9.2011.Akak ipar saya dibedah untuk melahirkannya,Alhamdulillah selamat dilahirkan.Keesokan harinya atuk dan neneknya dari Gemencheh datng untuk menziarahinya.Hehe...dalam ramai-ramai tu saya seorang sahaja yang tak pergi ziarah sebab saya pergi ke Gunung Senyum.Minggu depan tu atuk dan nenek dia balik lagi dan saya masih tak balik sebab saya pergi ke Melaka.Batrisya Aimi kau tetap diingatanku.Don,t worry Pak teh akan muncul di kaca matamu.Insyallah kita akan bertemu.Walau apapun saya tetap dapat tengok gambar dia dekat Fb.Hehe,bile tengok gambar dia rase macam pergi rumah abang saya sekarang juga.

Thursday, 20 October 2011
Cerita Di Gunung Senyum
Friday, 14 October 2011
Hari raya with Famili Den
Assalamualaikum............Sebagai pembuka kata saya ingin mulakan dengan Hari Rayaku.Hari Raya kali ini semua adik-beradik aku balik ke rumah ayah & mak aku.Kali ini akak ipar aku sambut raya dengan berbadan dua.Baju raya aku kali warna biru sama dengan abang-abang aku yang lain kecuali abang pertama aku,baju raya dia warna kelabu.Pada malam takbir aku pergi ke rumah ke rumah selepas solat Isya' bersama ayahku tersayang.Di pagi raya aku bangun agak awal untuk mandi dan pakai baju raya.Rumah pertama aku pergi ke rumah MakLong aku,Pak Ngah dan yang lain-lain
Subscribe to:
Posts (Atom)