Monday 12 November 2012

Ayat Kursi Sebagai Pelindung dari Syaitan



Assalamualaikum...sepertimana yang kita tahu bahawa Ayat Kursi merupakan pelindung kita daripada syaitan...tetapi KITA tidak mengetahui kisah atau dalil tentang ayat Kursi sebagai Pelindung daripada syaitan..

Kisahnya....

Abu Hurairah dilantik oleh Rasulullah sebagai Ketua Zakat.Suatu malam datang seorang lelaki lalu mencuri harta zakat tersebut.Abu Hurairah pun nampak lelaki tersebut lalu menangkapnya dan menanyakan kepada lelaki itu "mengapa engkau mencuri".Lelaki itu pun menjawap "aku miskin dan mempunyai tanggungan yang banyak" lalu Abu Hurairah melepas kan pencuri tersebut.
Keesokan harinya..Rasulullah berjumpe Abu Hurairah dan bertanya "mengapa kau lepaskan pencuri tersebut?" Abu Hurairah menjawap "Aku kesian kepadanya kerana dia miskin dan mempunyai tanggungan yang banyak" Rasulullah menjawap "lelaki itu penipu,nescaya dia akan datang mencuri pada malam ini"

Memang benar kata Rasulullah.Lelaki tersebut datang dan mencuri.Abu Hurairah perasan dan menangkapnya.Soalan yang sama ditanya dan jawapan yang sama dijawapnya.Lelaki itu dilepaskan...

Keesokan hari Rasulullah bertemu Abu Hurairah dan menanyakan tentang pencuri tersebut..Lalu Abu Hurairah menjawap bahawa dia telah melepaskan pencuri tersebut..Rasulullah berkata "bahawa lelaki itu seorang penipu..

Perkara yang yang sama berlaku.Pencuri tersebut datang dan mencuri lagi.Abu Hurairah pun menangkapnya dan pencuri itu berkata "kalau kau lepaskan aku,aku akan ajar kepada kau suatu ilmu" Abu Hurairah pun bersetuju.Pencuri mengajar jika tiba di tempat tidur maka baca ayat Kursi nescaya kau tidak akan dikacau ketika kau tidur."Abu Hurairah pun melepaskan pencuri itu..

Rasulullah bertemu Abu Hurairah dan bertanyakan perkara tersebut.Abu Hurairah menjawap apa yang berlaku...Rasulullah menjawap "lelaki itu seorang penipu dan ilmu yang dia ajar adalah Ilmu yang benar...Lelaki itu adalah Syaitan"









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...